Tarikh | : 08.03.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan dan mengasah minda peserta untuk membuat struktur binaan yang kukuh. Malah, ia juga memfokuskan pada perkembangan kemahiran dan keupayaan pelajar untuk memahami, meneroka, dan menyelesaikan masalah di samping itu, mendedahkan peserta terhadap kemahiran komputer dan ict sekali gus, membantu mempromosikan aktivuti Pedi dan juga perkhidmatan yang terdapat di sini.
Aktiviti
Bengkel ini adalah untuk mengasah minda peserta untuk membuat struktur binaan yang kukuh dan boleh didirikan dengan menggunakan pencungkil gigi dan "plastesin". Peserta diminta untuk menghasilkan struktur binaa dua tingkat yang berpandukan demostrasi video yang dipaparkan oleh petugas. Peserta diberikan masa untuk membina struktur tersebut dengan bantuan dan bimbingan petugas sehingga peserta berjaya menghasilkan struktur binaan yang sistematik, kukuh dan kemas. Struktur ini dapat mengasahkan kemahiran kepantasan membina dan kreatif dalam berfikir. Peserta sangat seronok dan berjaya menyiapkan struktur binaan tersebut dengan baik.