Tarikh | : 07.03.2024 |
Masa | : 9.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan
Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam peamasaran, penjenamaan, penjualan produk dan sebagainya. Malah, memberikan pengetahuan tentang peluang perniagaan dan juga bagaimana ict membantu peserta dalam penjenamaan atau rekaan produk. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang penjenamaan produk kepada usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka. Peserta diajarkan proses yang terlibat dalam penjenamaan produk dan penerangan terperinci mengenai penjenamaan ini. Peserta diajarkan bagaimana mencipta nama yang unik, logo, imej untuk produk, nama, huruf dan sebagainya. Penjenamaan ini adalah untuk mengajarkan dan membuka minda usahawan kecil untuk meninovasikan produk mereka agar produk mereka dapat dibezakan serta berkualiti agar dapat bersaing dan boleh kembangkan pemasaran produk tersebut.