Tarikh : 24.02.2024
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Tembila
Peserta : 14 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan membantu peserta dalam tenik asas pemasaran dalam aplikasi media baru bagi memasarkan dan meluaskan lagi perniagaan mereka di samping untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan boleh menggunakan media digital sebagai platform untuk menjual. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini telah dijalankan di HBK Pedi Kg Tembila yang mana bengkel ini menfokuskan pada topik keushawanan sosial media iaitu tik tok sebagai medium dalam menjual dan memasarkan produk atas talian. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk menjadi "affiliate" atau membuka "affiliate" untuk produk usahawan tersebut. Selain itu, peserta diajarkan bagaiman cara untuk menambahkan produk jualan mereka melalui kedai atas talian tik tok yang menjadi medium paling popular untuk usahawan mengetegahkan produk mereka. Malah, peserta juga diajarkan bagaimana untuk membuat "content" sendiri untuk jualan produk menggunakan applikasi tik tok. Melalui platform tik tok ini akan dapat meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran produk seseorang ushawan. Peserta sangat seronok dengan ilmu yang diajarkan dan memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel ini.

Gambar Disini