Tarikh | : 24.02.2024 |
Masa | : 9.00 pg - 10.00 pg |
Lokasi | : HBK Pedi Tembila |
Peserta | : 36 Orang |
Tujuan
Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam peamasaran produk serta memberikan pengetahuan tentang peluang perniagaan melalui media baru seperti kedai atas talian "shopee" dan sebagainya. Secara langsung ini dapat menghebahkan dan memperluaskan nama pedi keapada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini telah diadakan di HBK Pedi Kg Tembila yang mana kebanyakkan yang hadir adalah terdiri daripada ushawan dan topik pada bengkel tersebut adalah mengenai keusahawanan kedai atas talian. Dalam bengkel tersebut peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuka kedai atas talian melalui applikasi Shopee. Peserta diterangkan bagaimana Shopee membantu usahawan untuk memasarkan produk mereka secara meluas dan bagaimana Shopee berfunsi dalam membantu usahawan menjana pendapatan. Peserta diajarkan dari mendaftarkan akuan jualan, bagaimana cara untuk menambahkan produk dalam kedai atas talian, bagaimana cara untuk memasukkan maklumat produk dan sebagainya. Peserta sangat teruja dan seronok mempelajari ilmu perniagaan untuk mengukuhkan lagi kemahiran keusahawanan mereka dan memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.