Tarikh : 24.02.2024
Masa : 9.00 pg - 10.00 pg
Lokasi : HBK Pedi Tembila
Peserta

: 30 orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel steam ini diadakan adalah bertujuan untuk membina pemikiran kreatif dan memupuk sifat kerjasama melalui aktiviti steam ini. Selain itu, aktiviti ini juga secara langsung dapat mendedahkan peserta terhadap ict melalui carian pendidikan steam ini sekali gus, aktiviti percuma ini dapat menarik minat komuniti menyertai dan memperluaskan lagi promosi Pedi ini.

Aktiviti

Sebelum peserta memulakan aktiviti stem ini peserta telah diberikan penerangan serta demostrasi daripada petugas dan juga melalui video supaya peserta memahami bagaimana cara untuk membuat eksperiment ini. Dalam aktiviti peserta diberikan baha-bahan yang disediakan oleh Petugas Pedi seperti air, pewarna, gelas, sudu dan tisu diberikan. Aktiviti ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan dan membentuk kerjasama melalui aktiviti steam ini. Permulaan aktiviti ini peserta akan memasukan terlebih dahulu air dan pewarna. Air dan pewarna tersebut perlu dilarutkan dengan menggunakan sudu. Setelah kesemua bahan tersebut terlarut, peserta akan meletakan tisu diantara dua gelas ke dalam bahan larutan dan peserta perlu menunggu untuk bahan tersebut bergerak dan menyerap di tisu yang dilipat. Akhir sekali peserta dapat melihat pergerakan air tersebut dan menerangkan kembali secara ringkas daripada experiment tersebut. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menyemai minat peserta ke arah sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi serta pengalaman harian peserta. Peserta berjaya menjalankan experiment walking water ini dengan baik.

Gambar Disini