Tarikh | : 20.02.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer supaya mereka mahir dalam penggunaan komputer serta melatih untuk meningkatkan kemahiran dan juga pemikiran yang kreatif. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan ringkas bagaimana untuk mencari laman web pembelajaran dengan meminta peserta untuk menaip di browser dan mencari laman web applikasi ABCYA.Setelah peserta membuka applikasi tersebut, petugas akan memilih aktiviti permainan yang berbentuk pelajaran mengenal huruf atau nombor. Peserta dibantu dan diajarkan bagaimana cara untuk bermain permainan berbentuk pembelajaran dan kuiz ini supaya mereka faham bagaimana ia berfungsi serta mudah untuk diterima ilmu sebegini kerana ia tidak akan membosankan sekali gus pembelajaran ini akan membuat mereka lebih fokus terhadap pemkbelajaran ini. Peserta sangat seronok dan teruja dalam menyelesaikan permainan berpendidikan ini.