Tarikh | : 19.02.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel E-learning ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan ict dan meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer atau teknologi. Selain itu dengan akjtiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini memfokuskan pembelajaran secara atas talian dalam applikasi liveworksheet yang mana applikasi ini banyak aktiviti pembelajaran mengikut subjek dan tahap masing-masing. Peserta diminta untuk membuka applikasi tersebut dan perlu menjawab kuiz yang dipilih oleh peserta dan petugas. Dalam aktiviti ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk menjawab atau bagaimana untuk memilih jawapan menggunakan papan kekunci untuk menaip soalan atau menggunakan tetikus. Akhir sekali peserta akan menyemak keputusan sama ada betul atau salah jawapan yang telah dipilih. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta dan diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.