Tarikh | : 18.02.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 11 Orang |
Tujuan
Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan ict dalam menterjemahkan rumi kepada jawi untuk mengangkat martabat bahasa jawi serta mededahkan peserta kepada kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kemahiran komputer dan penggunaan applikasi dapat dipertingkatkan dan mendidik masyarakat menggunakan ict dengan bijak dan memberikan manfaat kepada mereka. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menterjemahkan daripada rumi ke jawi serta bagaimana cara untuk memasukkan dan menyunting tulisan jawi ke dalam applikasi Power Point. Terlebih dahulu peserta diminta untuk membuka browser jawi.net untuk menterjemahkan tulisan rumi ke jawi. Setelah itu, peserta diminta untuk menulis nama peserta dan menekan butang terjemah nama ke jawi. Selain itu, peserta diajarkan pula bagaimana cara untuk 'cppy' atau menyalin tulisan jawi dan memasukkan ke dalam applikasi Power Point. Dalam applikasi Power Point tersebut peserta diajarkan oleh petugas bagaimana cara untuk memilih 'template' yang sedia ada , cara untuk memasukkan gambar, menukarkan size tulisan, jenis, pertukaran warna dan sebagainya. Degan teknik-teknik yang diajarkan tersebut peserta berjaya menterjemahkan tulisan rumi ke jawi dan juga berjaya menyunting tulisan jawi dalam applikasi Power Point dengan bantuan daripada Petugas Pedi.