Tarikh : 17.02.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 6 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan masyarakat terutama dalam kalangan pelajar sekolah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran komputer  serta celik it agar seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan ict. Secara tidak langsung bengkel ini akan membantu mempromosikan dan menggalakkan lagi komuniti untuk bergunjung ke Pedi.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta untuk belajar menaip surat rasmi menggunakan applikasi microsoft word. Peserta dibekalkan dengan kertas rujukan untuk peserta menaip mengikut format yang betul dengan bantuan petugas. Dalam bengkel ini peserta diajar juga bagaimana cara untuk membesar dan mengecilkan tulisan tanpa perlu memadam satu-satu perkataan dan asas-asas lain yang terdapat diatas menu applikasi. Selain itu, peserta juga diajar penggunaan keyboard atau papan kekunci untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain. Peserta berjaya menyiapkan surat rasmi dan lembaran kerja kursus dengan baik.

Gambar Disini