Tarikh : 15.02.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 15 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir. Selain daripada latihan bengkel ini juga bertujuan untuk mendidik dan mendedahkan peserta pada aktiviti yang bermanfaat untuk pembelajaran yang dapat dijalankan dalam kelas sebegini. Secara langsung kelas ict dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta terhadap ict dan applikasi yang dapat digunakan serta dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it. Malah, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk membuka applikasi pembelajaran 'vission board' yang mana peserta akan menaip dan mereka cipta 'vission board' didalam applikasi canva. Dalam bengkel tersebut Petugas Pedi membantu mengajar bagaimana cara untuk membuat 'vission Board' dengan memilih 'template' yang diiginkan. Selepas mereka memilih 'template' tersebut Petugas Pedi meminta untuk mereka menaip impian atau aktiviti-aktiviti ke dalam applikasi tersebut. Selain itu, Petugas Pedi membantu dan membimbing peserta bagaimana cara untuk menyunting 'template' tersebut, bagaimana untuk masukan gambar, menukarkan size atau jenis tulisan dan sebagainya. Akhir sekali peserta berjaya menyiapkan 'vission board' dengan baik.

Gambar Disini