Tarikh | : 24.01.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan yang meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar sekolah disamping melatih dan mendedahkan kemahiran ict dalam kalangan peserta. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.
Aktiviti
Bengkel ini adalah aktiviti stem yang mana lebih kepada eksperimen menghasilkan 'flower blooming' atau bunga berkembang. Aktiviti stem ini untuk menguji penyerapan atau daya penyerapan air yang mana boleh membuka serta menggerakkan kepak yang telah dilipat untuk menjadi berkembang. Petugas menyediakan bahan-bahan untuk menghasilkan 'flower blooming' seperti kertas yang telah dicetak dengan pelbagai bunga, air, pinggan dan gunting. Dalam menghasilkan stem ini peserta akan menguntingkan bunga mengikut corak tersebut. Setelah itu, peserta diminta untuk memasukkan air ke dalam pinggan dan melipatkan kepak bunga. Selepas peserta melipatkan bunga tersebut dan akhir sekali meletakkan ke dalam air dan peserta perlu menunggu beberape saat untuk melihat ia berkembang atau terbuka dengan sendiri. Pengakhiran exsperiment ini peserta dikehendaki untuk menerangkan balik secara ringkas aktiviti stem ini.