Tarikh | : 24.01.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta terhadap ict dan juga untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan kerjasama melalui aktiviti reka cipta dalam kelas stem iot ini. Selain itu, dengan adanya kelas ict dan stem iot akan meningkatkan kreativiti dan pemikiran kritikal melalui aktiviti yang dijalankan sekali gus, dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah stem iot menghasilkan water sliding ini menggunakan bahan-bahan untuk aktiviti ini telah disediakan oleh Petugas Pedi seperti gelas, tali, air, pewarna dan juga salotip. Selain itu, demostrasi melalui video dan juga dari petugas dijalankan terlebih dahulu untuk memudahkan kefahaman peserta untuk menghasilkan water sliding tersebut. Peserta mula menghasilkan water sliding dengan mencampurkan terlebih dahulu air dengan pewarna. Selepas itu, peserta melekatkan tali panjang ke dalam kedua-dua gelas itu antara dalam ruang tapak dan di tepi gelas. Setelah tali tersebut di lekatkan peserta diminta untuk menuangkan air dengan satu gelas manakala satu lagi dibawah tanpa tali itu menyentuh gelas untuk melihat pengaliran air mengikut tali yang dilekatkan. Diakhir aktiviti ini peserta akan menerangkan semula secara ringkas hasil pembelajaran atau eksperiment yang dijalankan dalam aktiviti ini. Peserta memahami dan berjaya menghasilkan water sliding dengan bauk.
Gambar Disini