Tarikh | : 13.01.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan yang meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar sekolah disamping melatih dan mendedahkan kemahiran ict dalam kalangan peserta. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.
Aktiviti
Bengkel ini adalah aktiviti stem membina atau menghasilkan robotic hand. Sebelum stem ini dihasilkan petugas terlebih dahulu membuat demostrasi bagaimana cara untuk membuat robotic hand melalui carian video di laman web Pedi sendiri. Pada bengkel tersebut petrugas telah menunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat 'robotic hand' yang menggunakan bahan sekeliling yang mereka sentiasa guna seperti benang, straw, kertas atau kotak kitar semula untuk mencipta sebuah 'robotic hand'. Setiap pelajar menunjukkan komitmen yang jitu dalam menjayakan projek dan peserta sangat teruja dengan projek ‘robotic hand’.