Tarikh | : 08.01.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan tentang keusahawanan platform shopee dalam membuka kedai shopee bagi peserta yang ingin menjana pendapatan dan meningkatkan ilmu perniagaan atau pemasaran produk secara online. Selain itu, dapat membantu peserta dalam memperkenalkan dan membuka peluang peserta untuk memasarkan produk secara digital seiring dengan perkembangan teknologi ini membolehkan peserta memasarkan dan menjual melalui platform online seperti shopee. Sekali gus, bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDI.
Aktiviti
Bengkel ini diadakan adalah mengenai bagaimana cara untuk membuka kedai shopee untuk menjual dan mempromosikan barangan jualan melalui platform shopee. Dalam bengkel ini peserta diperkenalkan terlebih dahulu bagaimana ia berfungsi sebagai jualan untuk produk. Bermula daripada memuat turun applikasi shopee untuk mendaftarkan ke akaun shopee dan juga akaun penjual (saller). Selepas itu, peserta diajarkan juga bagaimana cara untuk memasukan produk jualan dan juga keterangan atau maklumat produk seperti size, warna, berat, nama produk dan sebagainya. Bengkel ini membuka peluang peserta untuk memperluaskan dan meningkatkan pemasran serta jualan produk usahawan. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.