Tarikh | : 3.01.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahanpeserta dalam ict atau kemahiran komputer yang mana pendedehan awal ini dapat melatih peserta untuk memilih maklumat dan menggunakkan atau memanfaatkan ict ke arah yang bijak serta untuk pelajaran. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan supaya memudahkan kefahaman peserta sebelum aktiviti dijalankan. Dalam bengkel ini petugas Pedi telah membuka setiap komputer ke laman web Wordwall dan Uptoten untuk mereka mempelajari serta bermain dalam applikasi tersebut. Peserta diajarkan bagaimana untuk menjawab kuiz atau soalan berkaitan pelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik, English dan lain-lain dalam applikasi Wordwall. Selain itu, petugas Pedi juga mengajar bagaimana cara untuk mewarna menggunakan applikasi Uptoten, dengan kedua-dua applikasi ini ia dapat menimgkatkan kemahiran berfikir dan imaginasi serta fokus mereka dalam sesuatu perkara. Peserta diajarkan bagaimana untuk menggerakkan berus warna, memilih jawapan, bagaimana cara untuk menyemak keputusan kuiz dan sebagainya. Peserta mengikut langkah yang diajar petugas melalui paparan skrin depan untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman peserta dalam menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya menjawab kuiz dan memahami dengan baik.