Tarikh : 2.01.2024
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 24 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta bagaimana untuk mengisi maklumat atau kemaskini data dalam portal atau laman sesawang HRMIS dan juga membantu peserta mempelajari bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual dan menu.  Dengan adanya bengkel ini peserta dapat mengetahui cara untuk mengisi di laman web dan secara tidak langsung ict ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam ict dan juga membuka ruang peserta sebagai guru tabika untuk memperluaskan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara inovatif dan kreatif. Sekali gus ini dapat mempromosikan pedi kepada komuniti tentang aktiviti yang dijalankan di sini.

Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diterangkan dahulu tentang laman sesawang dan bagaimana cara untuk mengisi dalam laman sesawang HRMIS tersebut. Peserta diminta untuk membuka atau melayari laman sesawang HRMIS dan juga peserta diminta untuk memasukan id atau katalaluan bagi meraka yang telah berdaftar. Setelah semua peserta dapat memasuki HRMIS ini, petugas meminta peserta untuk mengisi atau mengemaskini data bedasarkan malumat peserta sambil dipantau oleh petugas. Selain itu peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat menu makanan harian untuk pelajar atau bisnes jualan sampingan mereka serta bagaimana cara untuk membuat jadual menu atau jadual harga barang peserta dengan menggunakan Microsoft Excel. Peserta memahami dan berjaya mengisi maklumat data mereka ke dalam laman HRMIS dengan baik.

Gambar Disini