Tarikh | : 24.12.2023 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel softskill atau kemahiran penulisan karangan membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih dan memahirkan peserta dalam membuat resume menggunakan applikasi yang tersedia seperti Canva, Microsoft Word, Adobe Photoshop dan sebagainya serta untuk kefahaman peserta mengenai format penulisan karangan sekolah di smaping meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan juga menaip untuk peserta. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas format penulisan karangan resume untuk sekolah. Bagaimana untuk membuat penulisan resume untuk karangan tetapi menggunakan komputer yang mana ia dapat melatih dan memahirkan dalam penggunaan komputer. Dalam bengkel tersebut juga, peserta diajarkan asas-asas yang perlu dimasukan bagi karangan resume seperti pencapaian, maklumat diri, pendidikan dan sebagainya mengikut format resume sekolah. Selain itu, dalam applikasi tersebut peserta diajar bagaimana untuk memasukkan gambar ditengah atau ditepi resume serta peserta juga boleh memilih template sedia ada dalam Microsoft Word sebagai rujukan dalam menghasilkan resume. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana untuk menggunakan 'menu' yang terdapat dalam applikasi seperti penukaran size, warna, jenis tulisan dan lain-lain malah, diajarkan juga teknik-teknik yang mudah dalam menggunakan papan kekunci dan juga teknik dalam membuat resume mengikut format penulisan karangan resume. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat penulisan resume dan memahami dengan baik.