Tarikh : 20.12.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir menggunakan komputer dan juga memberikan pendedahan ilmu mengenai applikasi baru seperti canva yang mana memudahkan peserta untuk menggunakan bagi aktiviti pembelajaran secara langsung aktiviti ini dapat meningkatkan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Sekali gus, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk memudahkan proses pengeditan, penyimpanan file dan pemilihan 'template' untuk membuat nota Pendidikan sains. Selepas mendaftarkan diri peserta telah memilih jenis 'template' nota yang tersedia dalam applikasi tersebut. Setelah itu, peserta mula mengedit 'tempale' tersebut dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PEDI. Peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk mencari maklumat atau gamnbar di browser seterusnya bagaimana cara untuk memasukan bahan yang disimpan ke dalam file gambar di dalam canva. Dalam editing 'template' tersebut petugas mengajar bagaimana cara untuk meletakkan imej, pemilihan simbol, bagaimana cara 'upload' dan sebagainya. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk menyimpan nota tersebut dalam bentuk pdf, imej, mp4 dan lain-lain. Peserta berjaya menggunakan canva untuk membuat nota Pendidikan sains dengan baik. 

Gambar Disini