Tarikh : 09.12.2023 & 16.12.2023
Masa : 9.30 pg - 10.30 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan meningkatkan ilmu dalam ict dan teknologi. Malah, dengan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan celik it dalam kalangan peserta yang mana ia dapat memicu kepada generasi yang bijak dan inovatif. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Melayu yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas hanya mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom atau google meat seperti membuka audio, cara menaip di ruangan chat, membuka camera dan sebagainya. Pada minggu tersebut peserta diajarkan oleh cikgu tentang tatabahasa dan soalan latih tubi yang telah diberikan secara pdf kepada peserta. Malah peserta juga diajar bagaimana cara untuk bermain soalan kuiz permainan dalam applikasi yang telah disediakan oleh cikgu tuisyen pada kelas tersebut. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini