Tarikh : 15.12.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel e-learning kuiz dalam applikasi canva dan quizz ini adalah bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan mengenai kepentingan ict dan penggunaan e-learning sebagai salah satu bentuk pembelajaran. Malah, dengan adanya kuiz e-learning ini ia secara tidak langsung dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menyebarkan unsur positif dalam penggunaan internet sekali gus, ini dapat mempromosikan PEDI untuk komuniti agar lebih ramai lagi menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDI.

Aktiviti

Aktiviti ini pembelajaran ini dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas pedi tentang asas-asas dalam mempelajari canva dan juga menjawab kuiz online dalam laman web yang disediakan. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat soalan dan jawapan melalui canva yang boleh dijadikan kuiz pembentangan untuk peserta. Peserta diajarkan bagaimana untuk menambahkan bentuk seperti bulatan, segiempat, bagaimana untuk menulis serta memilih jenis latar belakang termasuk memasukan gambar dalam applikasi canva. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara menjawab soalan di applikasi quizz. Kuiz E-Learning ini dapat membantu peserta menjawab soalan kuiz dengan cekap dan menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran mahupun isu semasa serta mahir dalam penggunaan komputer. Perserta berjaya menjawab dan menyiapkan kuiz dalam applikasi canva dan quizz sekali gus petugas berharap dengan kepelbagaian program sebegini akan dapat menarik minat peserta lain untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDI.

Gambar Disini