Tarikh | : 13.12.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan keapada peserta tentang bagaimana cara untuk mengisi borang secara online atau atas talian. Dengan adanya bengkel ini peserta akan dapat mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict dan juga membiasakan peserta dengan penggunaan komputer serta memudahkan pencarian maklumat yang berkaitan. Selain itu, bengkel ini dapat mempromosikan secara meluas tentang perkhidmatan dan juga kelas yang dijalakan disimni kepada komuniti.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diminta terlebih dahulu melayari laman web yang ingin diisikan oleh peserta. Masing-masing membuka laman web yang ingin diisi pada hari tersebut antaranya ialah laman web mykpp,yayasan pendidikan maidam, laman web usahawan dan sebagainya. Sebelum itu peserta juga diberikan penerangan secara ringkas asas dalam komputer dan bagaimana cara untuk mengisi laman web tersebut dengan mendaftarkan diri terlebih dahulu. Selepas mendaftarkan diri peserta diminta untuk mengisi maklumat yang diminta dengan bantuan daripada petugas pedi sehingga peserta berjaya mengisi maklumat dalam laman web tersebut.