Tarikh : 12.12.2023
Masa : 11.30 pg - 12.30 ptg
Lokasi : Pedi Pasir Akar
Peserta : 33 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keuasahawanan pemasaran digital ini adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam teknik asas pemasaran dalam talian atau pemasaran atas talian ini untuk membantu peserta dalam memperkenalkan dan membuka ruang peserta untuk memasarkan produk secara digital. Hal ini kerana, ia seiring dengan perkembangan dunia teknologi yang membolehkan peserta memasarkan dan mempromosikan produk secara digital dengan bantuan platform online dan juga media bahru seperti tik tok, instagram, facebook, youtube dan sebagainya. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Bengkel ini diadakan di Pedi Kg Pasir Akar adalah mengenai bagaimana untuk seseorang usahawan itu memasarkan produk secara digital menggunakan platform online dan media-media bahru seperti tiktok shopee, lazada, facebook, instagram, lemon, canva dan sebagainya. Dalam bengkel ushawan ini diajarkan bagaimana cara untuk memasarkan dan mendaftarkan serta cara mempromosikan produk dalam talian menggunakan medium bahru yang mana ia dapat meluaskan lagi pemasran dan promosi produk seseorang ushawan. Selain itu, pemasaran digital ini juga merangkumi iklan dan poster yang boleh digunakan atau membolehkan usahawan melakukan sendiri aktiviti reka cipta poster, logo, design sticker untuk promosikan produk secara percuma dengan kemahiran yang diajarkan untuk peserta. Bengkel ini membuka peluang peserta untuk memperluaskan produk dan ushawan itu sendiri perlu merebut peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sejajar dengan perkembangan teknologi ini. Secara tidak langsung ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan dan membangunkan dengan menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini