Tarikh | : 12.12.2023 |
Masa | : 10.30pg - 11.30 pg |
Lokasi | : Pedi Pasir Akar |
Peserta | : 33 Orang |
Tujuan
Bengkel keusahawanan aplikasi shopee dan affilliate ini bertujuan untuk memberikan pendedahan pemasaran produk dan memberi ruang dan peluang untuk peserta mencari pendapatan dengan menyertai affiliate di tik tok dan juga shopee. Selain itu, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ushawan dalam memasrkan produk melalui media bahru seperti shopee, tik tok, instagram, facebook, lazada dan sebagainya untuk meningkatkan jualan dan pasaran serta kreativiti untuk promosi dalam perniagaan. Kelas ini secara tidak langsung dapat menarik minat dan membantu serta dapat mempromosi aktiviti yang terdapat di PEDi kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas oleh petugas tentang bengkel keusahwanan platform shopee dan affiliate ini. Dalam bengkel tersebut peserta diperkenalkan terlebih dahulu platform-platform perniagaan yang boleh peserta jalankan untuk memasarkan produk atau melibatkan diri dalam perniagaan. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk mendaftarkan diri dalam affialiate shopee dan juga tik tok untuk memberi ruang kepada mereka dalam mencari pendapatan secra tidak langsung ia juga dapat menjadikan mereka sebagai usahawan walau hanya menjadi affiliate sahaja. Peserta juga mengikuti langkah tersebut dalam mendaftarkan diri untuk platform tersebut dan petugas pedi dan rakan digital pedi juga membantu peserta mengajar bagaimana cara untuk memasukan produk affiliate di shopee dan tik tok. Peserta memahami dengan baik serta berjaya membuka dan mendaftarkan diri dalam platform online tersebut.