Tarikh : 10.12.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta membuat sendiri resume melalui applikasi yang tersedia seperti Microsoft Word, Canva, Adobe Photoshop dan sebagainya. Pendedahan latihan ini dapat meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan juga menaip untuk peserta. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta asas membuat resume menggunakan applikasi seperti canva dan microsoft word. Peserta diajar membuat resume menggunakan applikasi Microsoft Word yang mana ia sangat mudah untuk peserta menaip dan sesuai untuk yang baru belajar untuk membuat resume menggunakan applikasi dalam komputer tersebut. Dalam applikasi tersebut peserta diajar bagaimana untuk memaukan gambar ditengah atau ditepi resume serta peserta juga boleh memilih template sedia ada doi dalam Microsoft Word sebagai rujukan dalam menghasilkan resume. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana untuk menggunakan 'menu' yang terdapat dalam applikasi seperti penukaran size, warna, jenis tulisan dan lain-lain malah, diajarkan juga teknik-teknik yang mudah dalam menggunakan papan kekunci dan juga teknik dalam membuat resume menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat resume dan memahami dengan baik.

Gambar Disini