Tarikh : 09.12.2023
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 14 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel stem ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap teknologi dan ict serta memupuk sifat kerjasama melalui aktiviti stem ini yang mana memerlukan kerjasama antara semua peserta. Selain itu, dapat melatih pemikiran yang kreatif dan inovasi melalui aktiviti rekacipta ini sekali gus, aktiviti percuma ini dapat menarik minat komuniti menyertai dan memperluaskan lagi promosi Pedi ini.

Aktiviti

Sebelum peserta memulakan aktiviti stem ini peserta telah diberikan penerangan serta demostrasi daripada petugas dan juga video yang dicari sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti walking water ini merupakan satu experiment berbentuk sains yang mudah dan selamat untuk dihasilkan oleh peserta. Bahan yang disediakan oleh petugas pedi seperti air, pewarna, gelas, sudu dan tisu diberikan kepada peserta yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peserta mula menghasilkan experiment tersebut dengan memasukan terlebih dahulu air dan pewarna. Air dan pewarna tersebut perlu dilarutkan dengan menggunakan sudu. Setelah kesemua bahan tersebut terlarut, peserta akan meletakan tisu diantara dua gelas ke dalam bahan larutan dan peserta perlu menunggu untuk bahan tersebut bergerak dan menyerap di tisu yang dilipat. Akhir sekali peserta dapat menerangkan kembali secara ringkas daripada experiment tersebut. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menyemai minat peserta ke arah sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi serta pengalaman harian peserta. Peserta berjaya menjalankan experiment walking water ini dengan baik.

Gambar Disini

.