Tarikh | : 09.12.2023 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 14 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta terhadapa ict dan meningkatkan kemahiran berfikir melalui aktiviti reka cipta dalam kelas stem-iot ini. Selain itu, aktiviti akan memberikan pengetahuan mengenai konsep komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal yang mana ia sejajar dengan perkembangan teknologi dan juga pembelajaran pada abad ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti percuma di pedi.
Aktiviti
Aktiviti ini merupakan aktiviti stem-oit menghasilakan atau mereka cipta posille katapult iaitu rekabentuk mesin ringkas tuas, dan daya ini adalah sebuah rekabentuk alat balistik yang melancarkan objek atau peluru pada suatu jarak tertentu tanpa menggunakan serbuk letupan. Kesemua peralatan ini telah disediakan oleh petugas Pedi seperti gunting, getah dan batang aiskrim yang besar untuk menghasilkannya. Dalam bengkel ini peserta diberi tunjuk ajar melalui video carian katapult dan mendengar penerangan serta demostrasi oleh petugas Pedi dalam membina katapult ini. Peserta mula membina katapult tersebut dengan bahan-bahan yang telah disediakan dan juga video cara membina katapult sebagai rujukan serta dengan bantuan dan bimbingan petugas untuk menghasilkan katapult. Setelah peserta dapat menghasilkan belistik dan mekancarkan objek tersebut, peserta akan membuat penerangan secara ringkas tentang katapult. Sekali gus, aktiviti dapat melatih kemahiran tangan untuk mengikat batang supaya ia kukuh dan berfungsi serta bijak berfikir secra kreatif untuk mencapai objektif dalam menghasilkan katapult. Peserta berjaya menghasilka katapult dan memahami dengan baik.