Tarikh | : 07.12.2023 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel asas membuat kad promosi menggunakan applikasi Microsoft Word ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu untuk membuat kad menggunakan applikasi dalam komputer. Selain itu, untuk meningktkan dan melatih kemahiran penggunaan komputer dan juga pengetahuan dalam ict yang mana ia dapat memberikan manfaat pada pembelajaran kemahiran ict untuk peserta yang masih bersekolah. Bengkel ini juga secara langsung dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan ringkas kepada peserta tentang asas Microsoft Word yang akan digunakan supaya peserta faham dan jelas cara untuk menggunakannya. Peserta diajar oleh petugas Pedi bagaimana cara untuk membuat kad promosi menggunakan applikasi Microsoft Word yang mana peserta diajar bagaimana cara untuk menaip dan mengubah jenis tulisan serta menukarkan warna tulisan. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diajar dan dibantu bagaimana cara untuk mencari imej di 'browser' dan bagaimanacara untuk memasukan imej serta menyuntingkan imej supaya dapat bergerak dengan menekan menu 'format picture'. Peserta memamhami dan dapat menggunakan teknik-teknik dan tunjuk ajar daripada petugas Pedi dalam membuat kad promosi sehingga selesai. DI harapkan dengan adanya bengkel percuma ini ia akan dapat lagi menarik minat peserta lain untuk menghadari kelas atau aktiviti percuma di Pedi.