Tarikh | : 4.12.2023 |
Masa | : 3.30 ptg - 5.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam komputer dan ict dan juga untuk memberikan pendedahan tentang fungsi Microsoft Word yang boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan tugasan matematik. Selain itu, memperkenalkan fungsi asas dan juga menu atau alat yang boleh digunakan dalam applikasi tersebut. Secara langsung bengkel percuma ini dapat menggalakkan dan memghebahkan lagi perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan disini.
Aktiviti
Bengkel ini biasa bagi yang sudah terbiasa menggunakan applikasi tersebut namun begitu bagi pengguna baru mereka belum menguasai fungsi dan cara menggunakan applikasi tersebut. Oleh itu, penerangan secara ringkas diberikan terlebih dahulu supaya peserta dapat mengetahui secara umun bagaimana cara applikasi ini digunakan dalam menyiapkan kerja kursus matematik. Dalam bengkel tersebut peserta diajar bagaimana untuk menaip dan mengajar teknik seperti bagaimana cara untuk memasukan simbol khas dalam applikasi dengan penggunaan menu 'insert' untuk 'Equation' dan simbol matematik. Selain itu, petugas Pedi juga mengajar peserta bagaimana cara untuk membuat jadual dan cara menaip yang betul mengikut formay kerja kursus matematik peserta. Diharapkan dengan adanya bengkel percuma ini peserta dapat menggunakan ilmu dan mempraktikkan pembelajaran dalam membuat tugasan menggunakan Microsoft Word ini. Peserta berjaya menyiapkan kerja kursus dengan baik.