Tarikh | : 01.12.2023 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk mededahkan peserta kepada teknologi Maklumat dan Komunikasi dan bagaimana untuk mencari maklumat dan gambar untuk membuat poster perniagaan melalui applikasi microsoft word dan power point. Kemahiran komputer dan penggunaan applikasi dapat dipertingkatkan malah, membantu dan memudahkan urusan peserta terutama bagi mereka yang terlibat dalam pernigaan sekali gus, bengkel ini juga secara langsung dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat poster menggunakan applikasi Microsoft Word dan Power Point. Dalam bengkel tersebut petugas pedi mengajar peserta dari mencari gambar yang diinginkan sehingga bagaimana cara untuk menyuting untuk diajdikan sebuah poster. Petugas pedi mengajar dan membantu peserta dalam memasukan gambar ke dalam applikasi dan mengajar cara asas untuk memotong atau membuang latar belakang gambar yang telah dimuatnaikkan oleh peserta. Selain itu, dalam bengkel tersebut juga peserta diajarkan teknik-teknik yang mudah untuk menguasai cara membuat poster dan bagaimana untuk membuat pergerakan gambar yang boleh diletak mengikut kesesuaian peserta dalam poster tersebut. Malah, diajarkan juga secara asas menukarkan size tulisan, jenis, pertukaran warna dan sebagainya. Peserta dapat berjaya menghasilkan satu poster perniagaan yang telah dibuat menggunakan applikasi Microsoft Word dan juga Microsoft Power Point dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas Pedi.