Tarikh : 11.11.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 20 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel e-learning kuiz  ini bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan mengenai kepentingan ict dan penggunaan e-learning sebagai salah satu bentuk pembelajaran. Malah, dengan adanya kuiz e-learning ini ia secara tidak langsung dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menyebarkan unsur positif dalam penggunaan internet sekali gus, ini dapat mempromosikan PEDI untuk komuniti agar lebih ramai lagi menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDI.  

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan di Kg Lay Out Tok Saboh sempena Hari Bersama Kmonuti di Kg Lay Out dalam bentuk  E-Learning iaitu kuiz online. Dalam bengkel ini aktiviti yang dijalankan melalui applikasi yang dipilih oleh petugas PEDI seperti applikasi kahoot untuk peserta menjawab berpandukan skrin supaya peserta faham bagaimana cara untuk menjawab kuiz E-Learning ini. Dengan adanya kuiz E-Learning ini dapat membantu peserta menjawab soalan kuiz dengan cekap dan menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran mahupun isu semasa serta mahir dalam penggunaan komputer. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diberi peluang untuk bertanya lebih teperinci mengenai kuiz mahupun dari soalan-soalan yang diberikan oleh petugas. Perserta berjaya menjawab kuiz E-Learning dan memahami dengan baik dan diharapkan dengan kepelbagaian program sebegini akan dapat menarik minat peserta lain untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDI.

Gambar Disini