Tarikh : 09.11.2023
Masa : 5.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi : HBK Pedi Kg Lay Out
Peserta : 30 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang bagaimana cara untuk menggunakan ict. Manakala stem pula bertujuan untuk melatih peserta berfikir dan meningkatkan kreativiti peserta dalam aktiviti ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti percuma di pedi.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti stem menghasilkan buih belon atau magic bubble dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh petugas PEDI. Aktiviti ini memerlukan air, straw, sabun dan lain-lain untuk menghasilkan buih. Peserta akan mencampurkan kesemua bahan tersebut selepas itu, peserta akan mencelup straw tersebut serta peserta perlu fokus pada pergerakan halus mulut dan menghembus nafas di lubang straw di mana akan membantu mereka untuk lebih fokus supaya ia mengeluarkan buih belon. Aktiviti sangat menarik kerana ia dapat meningkatkan fokus dan daya perhatian dalam menghasilkan buih belon tersebut dan dalam bengkel ini juga peserta akan dapat lihat dan menerangkan tentang aktiviti yang telah dijalankan. Peserta berjaya menghasilka buih dan memahami dengan baik.

Gambar Disini