Tarikh : 16.04.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 6 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedehan kemahiran pembelajaran berpendidikan secara atas talian. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer atau teknologi dan juga mendidik peserta dalam pencarian maklumat yang bermanfaat kepada mereka. Selain itu dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini memfokuskan pembelajaran secara atas talian dalam applikasi liveworksheet. Terdapat pelbagai pilihan permainan atau bahan pembelajaran yang berbentuk kuiz dan juga games berpendidikan. Dalam bengkel ini peserta diminta untuk membuka applikasi tersebut dan perlu menjawab kuiz yang dipilih oleh petugas malah, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menjawab atau bagaimana untuk memilih jawapan menggunakan papan kekunci untuk menaip soalan atau menggunakan tetikus. Akhir sekali peserta akan menyemak keputusan sama ada betul atau salah jawapan yang telah dipilih. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta dan diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.

Gambar Disini