Atuk's GuestHouse

 

                    Terletak di Jalan Durian Bongkok Seberang Jerteh iaitu 500 meter dari PI Seberang Jerteh. Menyediakan perkhidmatan rumah sewa harian yang sesuai untuk rumah persinggahan kenduri, rumah keluarga dan lain-lain. Mula dibuka pada pada Oktober 2012. Guesthouse yang mempunyai 1 bilik dilengkapi aircond, 2 bilik berkipas, 1 dorm dilengkapi aircond, dua ruang tamu yang luas, dapur dan kolam renang.

Kolam Renang dewasa dan kanak-kanak (Swimming Pool) yang terdapat di Atuk's GuestHouse

 

 

          Pintu masuk utama Atuk`s Guest House                  Bilik penginapan berhawa dingin

                                   

 

Waktu Operasi :

 Pagi

8.00am - 10.00am

10.15am - 12.15pm

Petang

2.15pm - 4.15pm

4.30pm - 6.30pm

Malam

8.00pm - 11.00pm 

 

 

 

Hutan Lipur Lata Belatan

                      Terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat di sini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu, sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.

Penunjuk Arah Ke Lata Belatan

 

                  Di Hutan Lipur Lata Belatan, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Hutan Lipur Lata Belatan adalah starting point untuk mendaki Gunung Tebu. Di sana terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM5 sebagai permit mendaki. erletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu - Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau pekan Jertih. Dari pekan Jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.

 

Batu Bertingkat Di Lata Belatan

 

             Dari Hutan Lipur Lata Belatan untuk ke puncak Gunung Tebu hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan. Perjalanan bermula dari pondok Jabatan Hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung. Dari situ, setiap pendaki akan menyusur ke hulu sungai. Keadaan sungai yang berbatu besar serta berpasir halus adalah sangat bersih dan mempunyai air yang berwarna hijau seperti air tebu. Keadaan perjalanan landai dan rata. Dari jambatan gantung menyusuri sungai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan tapak perkhemahan, di mana terdapat cabang sungai yang dipanggil Sungai Y. Sungai Y adalah last water point untuk sampai ke puncak. Disarankan agar mengambil sedikit air hanya untuk minuman sepanjang perjalanan ke puncak.

              Kawasan hutan lipur ini mula dimajukan dalam tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat disini seperti tumbuh-tumbuhan semulajadi, sungai yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk tujuan untuk perkelahan bersama keluarga. Di sini amat popular sebagai destinasi untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Setiap hujung minggu ataupun cuti sekolah, tempat ini tidak pernah sunyi kerana sentiasa dihidupkan dengan kem kesedaran bina insan, jati diri,pengakap, kadet polis dan lain-lain lagi. Lata Tembakah menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk setempat malah mereka yang tinggal di luar kawasan Besut. Jambatan gantung yang disediakan selain air terjun dan batu batan yang cantik sememangnya cukup menyejukkan mata yang memandang.

 

 
 

Pemandangan kawasan hutan lipur lata belatan
 

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.


Lokasi: Jertih, Terengganu

Sumber : Pegawai Hutan Daerah, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404


 
 
 

 

Gunung Tebu


Ketinggian : 1039 meter/ 3408 kaki
Lokasi : Hutan Lipur Lata Belatan Jertih, Besut, Terengganu.

         G
unung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Terengganu, dan mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau Perhentian dapat dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus tebal. Keunikan Gunung Tebu ialah dipuncaknya terdapat sebuah kubur dan tempat yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk bertapa.

                 Lokasi Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan iaitu 24 km dari Pekan Jertih melalui Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari Pekan Jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.

 

Petunjuk arah ke Gunung Tebu

               Hutan Lipur Lata Belatan, adalah titik permulaan untuk mendaki Gunung Tebu. Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM5 sebagai permit mendaki. Di sini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah dan bersiar-siar. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah gerai-gerai jualan, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Pemandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus.
 
              Jarang pendaki akan bermalam di Puncak Gunung Tebu  kerana tiada sumber air di sana. Untuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 20 minit dari puncak. Pendaki akan melalui satu kawasan yang terdapat satu papan tanda dari PMM dan terus turun sehingga berjumpa dengan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dikerat dua.

 

Peta Menuju Ke Gunung Tebu

 

               Dari batu tersebut, jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter sahaja. Teruskan menuruni batu sehingga berjumpa satu kawasan lapang yang terdapat batu-batu besar dan juga sebuah kubur. Di sini, kawasan terbuka dan berangin dan disarankan agar turun ke bawah sedikit untuk berkhemah. Malah terdapat banyak pokok-pokok renek dan dekat dengan sumber air iaitu lima minit dari kawasan perkhemahan. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi terus dengan pihak berkenaan.

SUMBER: Pegawai Hutan Daerah, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404

 

 

 


 

 

 Kolam Air Panas La

 

Pemandangan dari atas Kolam Air Panas La

                Kawasan air hangat ini terletak di pedalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih, Terengganu. Pusat Pelancongan ini lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992, sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.                                                                                
                   Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan. Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh mandi-manda.

 

 

 

                 Di sini juga terdapat Wadding Pool bekas air hangat (thermos). Selain itu, air hangat buatan juga dibina kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan ini secara persendirian. Di sini, pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana setiap masa akan dikunjungi.
                    Tarikan utama adalah air hangat semula jadi yang menjadi kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan penyakit, selain menyegarkan tubuh badan. La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.
 

 

Lokasi: Jertih, Terengganu
Sumber :Pegawai Hutan Daerah, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404

 

 

 


 

KEBUDAYAAN

 

DIKIR BARAT 


PENGENALAN

                D
ikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan Besut. Ianya wujud dalam kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun dipertandingankan.

Aktiviti ini biasanya dimainkan oleh masyarakat semasa musim menuai padi dan juga dalam majlis perkahwinan. Pertandingan selalu diadakan oleh Persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengumpul wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dalam persembahan dari masa ke masa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan 'Dikir' ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu, 'Dikir' dan 'Pantun' atau 'Dikir' dan 'Karut'. Pengertian 'Karut' itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi, 'Dikir Barat', 'Dikir Karut', 'Dikir Pantun' dan 'Dikir Syair' adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun, di Kelantan ianya lebih terkenal dengan panggilan Dikir Barat dan di Selatan Siam dengan Dikir Karut.

 

 

 

ASAL-USUL DIKIR BARAT

 

Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam

         T
erdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Tetapi sebenarnya Dikir Barat ini lebih terkenal dengan nama Dikir Karut yang dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan.
             Menurut orang-orang Kelantan, perkataan "Barat" ini bermakna Selatan Negeri Siam. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana pada satu ketika dahulu, Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua-dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara tidak langsung dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat setempat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan, adalah dalam bentuk dikir dan di sana juga telah ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.
 

Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu

             Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, orang-orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

 

Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang

                Apabila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupai. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat Pak Leh Tapang atau nama sebenaraya Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad berasal dari Kampung Tapang. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubah permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk dikir tanpa pantun.
                     Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Pada masa itu juga ada satu kumpulan dikir yang diketuai oleh Jaafar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat dikampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang menggubah dan menambahkannya dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi Dikir Barat.

 

Tempat Bermain

Permainan Dikir Barat dimainkan di atas pentas. Bentuk pentas mengikut corak permainan tersebut.

i) Bangsal atau pentas untuk pertunjukan pada hari perayaan atau majlis perkahwinan, maka bangsal atau pentasnya diperbuat tinggi kira-kira 4 kaki. Pertunjukan ini percuma dan semua penonton dapat melihat dari jauh. Biasanya dibuat daripada buluh, berlantaikan papan dan beratapkan daun kelapa.

ii) Bangsal atau pentas untuk pertunjukan dikenakan bayaran. Kadangkala ada juga penganjur yang menganjurkan permohonan ini dengan mengutip wang. Penonton dikenakan bayaran masuk. Pentas dibuat sempurna supaya semuanya dapat menonton.


PERSEDIAAN ALAT-ALAT MUZIK

Rebana Ibu dan Anak

Rebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan belulang kambing yang dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana itu. Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5-6 inci dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara cincin dan bahagian bawah badannya. Rebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu.

Tetawak

Tetawak diperbuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut ditengah-tengah permukaannya. Picnya lebih tinggi dari gong agung. Biasanya tetawak ini digantung dan dipalu busutnya.

Marakas

Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya diperbuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.

PAKAIAN

Di dalam permainan Dikir Barat di Kelantan yang berasal dari Selatan Siam, tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh Juara, Tukang Karut dan awak-awak. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana permainan ini ialah permainan rakyat biasa dikawasan sawah-sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini mereka lengkap berpakaian kemas dengan dastanya sekali.

 

 

 

 

ULIT MAYANG

 

 

Gambar menunjukkan tarian ulit mayang dimainkan

 

            Tarian Ulit Mayang ini merupakan sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai tarian ini telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umor lagi. Ia dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa. Sebagai makluman, pada masa dahulu setiap tahun di Terengganu ini akan diadakan Pesta Pantai. Ianya sudah menjadi tradisi pada zaman tersebut.
               Pesta Pantai diadakan untuk memuja semangat pantai terutama bagi mereka yang bekerja sebagai nelayan. Jadi, tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat Melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai Negeri Terengganu ini. Tarian ini dipersembahkan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.

               Persembahan Ulit Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya. Ketika persembahan ini berlangsung, pemain-pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang (ketua pemuja dipanggil ADI) duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahang ini. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.

Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan ini adalah sekadar untuk bersuka-suka saja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal-usul Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan. Mengikut cerita orang tua dulu, lagu ulit mayang yang dinyanyikan dulu adalah seperti lirik di bawah :

 

- Umbuk mayang diumbuk
- Umbuk dengan jala jemala
- Sambut dayang kusambut
- Sambut dengan puteri ngesa
- Puteri ngesa berkain serong
- Puteri ngesa berbaju hijau
- Puteri ngesa bersubang gading
- Puteri ngesa bersanggol sendeng

(rangkap kedua di atas kemudian diulang dengan puteri dua dan seterusnya hingga puteri tujuh)

 

 

                Tetapi lagu sekarang yang dimainkan di televisyen atau radio sudah  banyak yang berubah. Kalau dahulu untuk pemujaan, tetapi hari ini adalah untuk hiburan semata-mata. Kalau dahulu memang pantang lagu ini dinyanyikan ketika di tepi pantai kerana dikhuatiri lain jadinya iaitu bimbang terkena rasukan.
             Di Pasar Kedai Payang, belakang Pejabat Pos, ada satu tempat pelancongan yang dipanggil Bukit Puteri. Di puncak bukit tersebut terdapat makam yang dipercayai tempat bersemayamnya puteri bertujuh.



Sumber:
http://ayohwang.blogspot.com/2009/03/ulit-mayang.html

 

 


 

WAYANG KULIT

Pertujukan wayang kulit

 

Butiran Warisan :

              Latar Belakang Sejarah : Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitos dan khayalan ditarikan oleh seorang dalang. Dalam Alam Melayu, Wayang Kulit boleh didapati dalam beberapa jenis. Antaranya termasuklah Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Purwo dan Wayang Gedek. Persembahan wayang kulit akan diiringi dengan satu kumpulan muzik bagi membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan dan menggambarkan suasana adegan-adegan yang berlaku ketika itu. Peralatan muzik yang sering digunakan dalam persembahan wayang kulit adalah Serunai (utama), Gendang Ibu, Gendang Anak, Gendombak Ibu, Gedombak Anak, Kesi, Geduk Ibu, Geduk Anak, Canang dan Gong.

Jenis–jenis Wayang Kulit

                                   Wayang kulit di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis iaitu Wayang Kelantan, Wayang Purwo dan Wayang Gedek. Wayang Kelantan terdapat di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur yang mempersembahkan cerita-cerita Hikayat Seri Rama, manakala Wayang Purwo pula terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor yang mengetengahkan episod dari kitab Mahabrata dan cerita Panji. Wayang kulit didirikan oleh beberapa elemen penting iaitu dalang, patung, kelir dan muzik. Gabungan dari elemen inilah yang menjadikan persembahan wayang kulit satu persembahan yang harmonis.

Dalang
Dalang merupakan pemimpin dan tukang cerita dalam persembahan wayang kulit. Dalang juga bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggerakkan patung yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita seperti Ramayana, Mahabrata dan Panji. Dalang dikenali sebagai tokoh pencerita yang beraksi sambil bercerita, serta memainkan patung wayang kulit. Antara dalang-dalang yang terkenal ialah Pak Hamzah, Dolah Baju Merah, Dalang Noh Siam, Pak Margono Sitir dan lain-lain.

Pentas / Kelir
Pentas Wayang Kulit diperbuat daripada kayu, begitu juga dindingnya, manakala atap pula diperbuat daripada daun rumbia atau daun nipah. Pentas biasanya dibina tiga atau empat kaki daripada tanah dan ia menyerupai pondok kecil yang boleh menempatkan patung-patung, alat-alat muzik dan perkakas-perkakas persembahan.

Kelir pula merupakan sejenis kain putih yang direntang di depan panggung bagi melindungi dalang dan pemain muzik. Di belakang kelir pula dipasang lampu untuk menerbitkan bayang. Pada zaman dahulu, lampu (belincong) yang digunakan ialah pelita ayam sebelum muncul gasolin. Kini bal lampu digunakan menggantikan gasolin dan pelita ayam.

Patung
Patung-patung merupakan peranan penting dalam wayang kulit. Bentuk patung wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai sendi tangan yang boleh digerakkan, tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya mempunytai satu sendi tangan. Antara watak-watak wayang kulit yang digunakan ialah seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko (Wayang Kelantan), Semar dan Cemuras / Turas (Wayang Melayu) bukan sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain.

Muzik
Penggunaan alat muzik dalam persembahan wayang kulit adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Peralatan muzik untuk Wayang Kulit Kelantan ialah gong, tetawak, gendang, geduk, gedombak, canang, mong, serunai dan kesi. Bagi Wayang kulit Purwo pula alat-alat muzik yang digunakan ialah gong besar (gong Agong), gong suwukan, gambang, kempul, kenong, gender, slentem, demung, saron, peking (saron penerus), ketok / kompang, rebab dan gendang. Antara jenis-jenis lagu yang dimainkan pula ialah seperti Lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi.

Kesimpulan

               Wayang Kulit sebagai teater tradisional adalah gambaran kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai hiburan, tetapi lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu tersebut

Sumber: Jabatan Warisan Negara & Tim Daftarwarisan.gov )

 

 

 

KOMPANG

 

Gambar menunjukkan permainan kompang sedang dimainkan

 

Pengenalan

Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian. 

Fungsi

Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, pembesar negara atau dalam majlis rasmi. Kompang juga masyhur dalam kalangan masyarakat Islam di Sabah dan suku Bajau.

Cara Bermain

Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.

Sumber : Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan