Perusahaan Roti Pau

Perusahaan Roti Pau diusahakan oleh En.Sulaiman Bin Awang lebih 10 tahun. Beliau merupakan pengusaha kecil dan sederhana (IKS) dan menetap di RAKR Pelagat 3 Seberang Jerteh berdekatan dengan PI1M Seberang Jerteh. Beliau mengusahakan roti pau di bandar Pekan Jerteh pada waktu petang bermula jam 4.00 petang sehingga 11.00 malam setiap hari. Dengan perusahaan pau ini, beliau telah dikenali di daerah Besut sebagai pengusaha pau menggunakan kenderaan van tanpa menggunakan kedai atau gerai untuk jualan. Beliau juga menerima tempahan dari mana-mana pihak yang menginginkan pau yang dihasilkan ini. Pau beliau juga mengandungi pelbagai inti antaranya, kaya, kacang dan ayam.

 

Kuih Akok

Kuih Akok sangat popular di terengganu. para pembuat kuih akok di kelantan ini pada asalnya adalah dari pattani atau kawasan sekitar yang mempunyai talian persaudaraan dengan penduduk kelantan. rahsia resepi kuih akok adalah berkait rapat dengan sifat kedekut atau tidak pembuatnya. hal ini kerana proses penghasilan kuih akok yang sedap memerlukan penggunaan telur yang banyak. oleh itu jika pembuatnya kedekut, telur ayam yang digunakan adalah sedikit. ini akan menghasilkan rasa kuih akok yang tawar atau tidak sedap, dan mempunyai banyak tepung. kuih akok menjadi kuih tradisi besut, terengganu.

 

 

Keropok Lekor

Kerepok lekor yang baru direbus

 

Keropok Lekor Merupakan Sejenis Makanan Tradisional Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Khususnya Di Terengganu Yang Terkenal. Perkataan "Lekor" Bermaksud "Lingkar" Dalam Bahasa Melayu Terengganu Yang Menggantikan Ejaan "ar" Kepada "or" Di Akhir Suku Kata. Oleh Itu Maksud Keropok Lekor Ialah Keropok Yang Berlingkar. Keropok Diperbuat Daripada Isi Ikan Laut Dan Campuran Sagu Dan Sedikit Garam. Terdapat Juga Keropok Yang Dicampurkan Dengan Tepung Kanji. Keseluruhan Ramuan Tersebut Akan Diuli Dan Digentel Panjang Bertali, Sebelum Direbus Didalam Air Panas. Kandungan Ikan Yang Tinggi Menjadikan Keropok Lekor Sebagai Makanan Berprotin Tinggi Yang Kaya Dengan Iodin Semulajadi. Keropok Lekor Boleh Dimakan Segar Sebaik Sahaja Diangkat Dengan Dicicah Air Lada (sos Cili) Yang Pedas. Pada Masa Ini, Pembuatan Keropok Lekor Telah Pun Tersohor Di Beberapa Negeri Lain Selain Terengganu.

 

Laksam

Laksam kuah mentah yang sedap dan hanya terdapat di Terengganu. Ia tidak tahan lama dan perlu dimakan segar.

 

Laksam atau Laksang merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

 

Kuih Nekbat

Kuih nekbat adalah kuih yang di perbuat oleh masyrakat di sini. bentuknya sama seperti kuih akok tetepi kuih ini menjadi kembang apabila di bakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya.