PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI JERTEH

 

 

Pengenalan

             Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jerteh telah ditubuhkan pada 1 Jun 2002 dan mula beroperasi pada 1 September 2002. Pada mulanya kelas ini disewakan di rumah murah beralamat No. 23 RAKR Seberang Jerteh, 22000 Jerteh, Terengganu dengan sewaan RM150.00 sebulan.

 

              PDK Jerteh telah berpindah ke sebuah tempat agak selesa dan luas iaitu di kawasan yang sama beralamat No. 130 Rumah Murah, Pelagat 1, Seberang Jerteh, 22000 Jerteh, Terengganu dengan sewaan RM200.00 sebulan. Kelas PDK ini beroperasi pada hari Ahad hingga Rabu bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Manakala pada hari Khamis diadakan lawatan ke rumah OKU. Dan kini PDK telah berpindah ke Cabang Tiga Jerteh dialamat : No.126 B Cabang Tiga 22000 Jerteh Besut Terengganu.

 

 

Jumlah pelajar pada asalnya ialah 7 orang dengan dibantu 2 pekerja, sehingga tahun 2004 ia meningkat kepada 32 orang pelajar dengan 4 orang pekerja. Kategori kecacatan antaranya ialah Sindrom Down, anggota, akal, pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Lingkungan umur pelajar OKU di PDK Jerteh antara 6 hingga 30 tahun.

 

 

KELAS TABIKA PERPADUAN SEBERANG JERTEH

 

Pengenalan

Program Tabika Perpaduan pula diperkenalkan pada tahun 1976. Ianya merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Skim Rukun Tetangga diwujudkan bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Di samping itu, Tabika Perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka.


SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN

Kelas Tabika Perpaduan pada asalnya dibuka pada tahun 1994 dan menggunakan dewan orang ramai, rumah murah awam seberang Jerteh dengan jumlah kanak-kanak seramai 40 orang.

 

Tabika Perpaduan Rumah Awam Seberang Jerteh 

 

Mempunyai bangunan sendiri pada tahun 1995. Setelah 5 tahun berlalu, kelas Tabika Perpaduan ditambah menjadi 2 kelas atas permintaan AJK RT Seberang Jerteh dan para ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka.

Kelas Tabika Seberang Jerteh 2 dibuka pada 16 Februari 2000 dengan jumlah kanak-kanak seramai 16 orang.

 

 

OBJEKTIF
Memelihara, meningkat dan megukuhkan perpaduan rakyat dan Intergrasi Nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

 

VISI
Menjadi sebuah agensi kerajaan yang unggul dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju.

MISI
Memupuk kesefahaman dan semangat muhibbah melalui jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti Nasional.

MOTO
Bersatu Kita Maju

 

 

 

 

          Selain itu, terdapat juga sekolah yang berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M). Antaranya Sek.Keb Pelagat, Sek.Keb Seberang Jerteh, Sek.Keb Bukit Puteri, Sek.Men.Keb Pelagat serta Tabika kemas. Jarak antara sekolah dan PI1M tidak lebih 5km

 

Sekolah Kebangsaan Pelagat

 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat

 

 

Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh

 

 

 Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri

 

 

Tabika Kemas