Merupakan penduduk dari komuniti sekitar yang aktif melibatkan diri menyertai sebarang kegiatan ilmiah yang dianjurkan oleh PEDI.

Nama : Hasim Bin Deraman
Umur : 66 Tahun
Ahli : 011-3168 7920
No Tel : 28 Okt 2018
   

 

Latar belakang

En Hasim adalah seorang ahli komuniti yang tinggal berhampiran dengan PEDI. Berumur 66 tahun dan dan telah menjadi ahli PEDI yang  aktif sejak tahun 2018. Seorang yang sangat rajin dan sering datang ke PEDI bersama ahli keluarga bagi membuat rujukan sumber-sumber yang berkaitan terhadap bidang ICT dan membuat tugasan pembelajaran anak-anak. Beliau juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kampung dan sentiasa menggunakan perkhidmatan menaip di PEDI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Tidak fasih menaip, tidak kenal perkakasan computer dan tidak mengenal internet. Hanya menggunakan buku dan kertas bagi membuat liputan harian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir terhadap bidang ICT. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam bagi membantu dan memupuk insentif dalam diri membuatkan beliau rajin belajar serta mahir menggunakan computer. Kini beliau aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Pusat Internet Seberang jerteh.