Merupakan penduduk dari komuniti sekitar dan merupakan seorang lepasan sekolah yang aktif melibatkan diri menyertai sebarang kegiatan ilmiah yang dianjurkan oleh PEDI.

Nama : Nur Emiliya Ezetty Bt Mohd Hafizul
Umur : 24 Tahun
Ahli : 05 Jun 2014
No Tel 013-9373010

 

Latar belakang

Nur Emiliya adalah seorang ahli komuniti yang tinggal berhampiran dengan PEDI. Berumur dalam 23 tahun dan dan telah menjadi ahli PEDI yang  aktif sejak tahun 2014. Seorang yang sangat rajin dan sering datang ke PEDI bersama ahli keluarga atau bersendirian bagi membuat rujukan sumber-sumber yang berkaitan terhadap bidang ICT dan membuat tugasan pembelajaran dan juga untuk mengisi borang atau pencarian maklumat dalam laman web. Sejak dibangku sekolah lagi beliau telah menyertai aktiviti yang dijalankan di PEDI terutama dalam aktiviti ICT ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Tidak fasih menaip, tidak kenal perkakasan computer dan tidak mengenal internet. Hanya menggunakan buku dan kertas bagi membuat liputan harian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir terhadap bidang ICT. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam bagi membantu dan memupuk insentif dalam diri membuatkan beliau rajin belajar serta mahir menggunakan computer. Kini beliau aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Pusat Internet Seberang jerteh