Merupakan usahawan separuh masa bagi produk kecantikan White Horse Gluta dan Master Stokis Besut. Beliau telah menjual produk kecantikan secara kecil-kecilan disekitar Bandar Jerteh. Mula berniaga sejak 4 tahun yang lalu dan beliau juga merupakan seorang guru KEMAS dan sangat meminati perniagaan kerana sering membantu ibunya. Beliau gigih memasarkan produknya ke serata tempat termasuklah secara online. Malah, beliau juga jadikan PEDI Seberang Jerteh sebagai satu medan untuk beliau mempelajari bagaimana untuk bisnes secara online.

Nama : Norsharmimi Binti Shukran
No Tel : 30 tahun
Ahli

: 2022

Facebook

 

: https://www.facebook.com/mimi.miow.50

 

 

 

 

 

 

 

  ]

 

Latar belakang

Sharmimi merupakan seorang kakitangan awam iaitu guru prasekolah. Beliau mengusahakan pelbagai produk secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau bermula disebabkan oleh minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan dan diwarisi turun temurun daripada ahli keluarganya. Bermula dengan menjadi ‘dropship’ dan sedikit demi sedikit merlabur modal untuk menyimpan stok sendiri dan sehingga kini mampu menyimpan stok produk dalam kuantiti yang banyak.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah naik taraf daripada status Leader stokis, mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan juga telah membina FB Page sendiri untuk produk tersebut supaya dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000.