Merupakan penduduk dari komuniti sekitar yang bekerja di syarikat swasta tetapi pulang ke kampung halaman disini dan masih bekerja di syarikat tersebut secara dari rumah dan aktif melibatkan diri dengan sebarang kegiatan ilmiah yang dianjurkan oleh PEDI.

Nama : Ab. Patah Bin Mohd
Umur : 66 Tahun
Ahli : 23 Okt 2021
No Tel : 012-3040095
   

 

Latar belakang

Ab. Patah Bin Mohd adalah seorang ahli komuniti yang tinggal berhampiran dengan PEDI. Berumur 66 Tahun dan dan telah menjadi ahli PEDI yang  aktif sejak tahun 2021. Seorang yang sangat rajin dan sering datang ke PEDI untuk membuat rujukan sumber-sumber yang berkaitan terhadap bidang ICT dan menyiapkan tugasan kerja atau mesyuarat secara online. Beliau aktif kepada PEDI setelah beliau kembali semula ke kampung atas sebab tertentu dan bekerja dari rumah oleh itu beliau kerap berkujung di PEDI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Tidak fasih menaip, tidak kenal perkakasan computer dan tidak mengenal internet. Hanya menggunakan buku dan kertas bagi membuat liputan harian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir terhadap bidang ICT. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam bagi membantu dan memupuk insentif dalam diri membuatkan beliau rajin belajar serta mahir menggunakan komputer. Kini beliau aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Pusat Internet Seberang jerteh.