Mengusahakan perniagaan jenis servis dan perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar daerah Besut dan Setiu. Beliau memulakan perkhidmatan ini bermula tahun 2019 setelah beliau dan suaminya hilang punca pendapatan disebabkan wabak covid-a9. Idea perkhidmatan ini tercetus untuk membuat perkhidmatan penghantaran selepas mendapat pesanan daripada rakan-rakan. Pesanan yang diterima sangat menggalakkan dan memberi pendapatan yang lumayan dan aktif sehingga kini.

Nama : NUR ANIS HAFIZA BINTI ZAKARIA
No Tel : 019-9368580
Ahli : 2021
Facebook https://www.facebook.com/chikk.aness

 

 

 

 

   


 

Latar belakang

Beliau menceburi bidang perniagaan kasut pada awalnya, setelah seluruh dunia dilanda wabak covid, permintaan kasut semakin berkurang sehingga tiada pendapatan dan jualan dalam sebulan . Beliau mendapat idea dengan menjadi ”runner” dan membuat servis perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah dalam daerah Besut. Bermula dengan penghantaran barang basah, dari semasa ke semasa mendapat permintaan yang tinggi untuk membuat servis penghantaran makanan. Suami beliau mempunyai pengalaman ketika berkhidmata dengan Syarikat Halo Delivery, setelah itu dia yang membantu Anis tentang selok belok penghantaran tanpa berikat dengan mana-mana servis yang besar seperti Food Panda, Grab Food dan lain-lain.

 

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah naik taraf daripada status Leader stokis, mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM600  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan juga telah membina FB Page sendiri untuk produk tersebut supaya dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000