Mengusahakan perusahaan membuat banner, cop, sticker, kad kahwin, kad jemputan dan sebagainya. Jualan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa oleh kerana permintaan yang sangat tinggi.

Nama : MOHD YUSRI BIN MOHD YASSIN
No Tel : 013-9344299
Ahli : 2015
Facebook https://www.facebook.com/yusry.yiey.5

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Mohd Yusri Bin Mohd Yassin merupakan lepasan ijazah daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Sebelum menceburi bidang usahawan ini beliau juga pernah pernah menjadi guru sementara di sekolah menengah. Selepas itu beliau mencuba Nasib dalam perniagaan yang mana perniagaan yang dipilih adalah bidang iklan dan printing yang diberi nama Yiey Inno Creative dan beliau juga merupakan co owner untuk Yiey IKEA Besut. Yiey Inno Creative ini merupakan perniagaan yang menjalankan perniagaan berasaskan printing, dan mengambil tempahan custom produk atau design mengikut permintaan pelanggan seperti banner, kad jemputan, cop, tanda nama,, signboard dan sebagainya.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook , Instagram , tik tok miliknya dan status whatsapp. Beliau merupakan usahawan yang sangat rajin dan bersemangat tinggi untuk menjadi usahawan yang Berjaya. Perniagaan yang diusahakan kini terkenal dan menjadi pilihan dalam kalangan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 300 – RM 750 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pedi Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri, tik tok shop dan juga shopee yang dapat mempromosikan dan menjual barangan kosmetik dan juga mempromosikan jualan pasar malam beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut dan mendapat sambutan diseluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3500.