Mengusahakan perusahaan atas talian produk kesihatan dan  kecantikan. Jualan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa oleh kerana permintaan yang sangat tinggi.

Nama : Siti Fatimah Binti Che Zahri
No Tel : 010-8868315
Ahli : 2023
Facebook : www.facebook.com/profile.php?id=100089815352210

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Siti Fatimah merupakan pengasas kepada produk V’dya Beauty dan juga merupakan seorang peniaga kecil yang menjual pelbagai minuman dan makanan di pasar malam. Perniagaan beliau diusahasamakan Bersama suami sendiri dan menguruskan sendiri perniagaan produk dan juga mempunyai beberape pekerja untuk menguruskan oder dan pengeposan barang. Kadang-kadang beliau sendiri akan membuat urusan oder dan pos barang kerana produk beliau masih baru dalam industri kosmetik ini. Beliau sangat berminat untuk menjadi usahawan  dan mengusahakan jualan secara offline  dan juga online serta menjadi peniaga kecil untuk menambah pendapatan sampingan.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook , Instagram , tik tok miliknya dan status whatsapp. Selain daripada itu, beliau juga ada menjual melalui platform shopee. Beliau merupakan usahawan yang sangat rajin dan bersemangat tinggi untuk menjadi usahawan yang Berjaya yang mana beliau bermula dengan menjadi peniaga kecil di pasar malam sehingga kini beliau dapat membuat produk sendiri dengan nama V’dya Beauty dan mempromosikan jualan dalam pelbagai platform media.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 – RM 750 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pedi Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri, tik tok shop dan juga shopee yang dapat mempromosikan dan menjual barangan kosmetik dan juga mempromosikan jualan pasar malam beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut dan mendapat sambutan diseluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM3500.