Mengusahakan perusahaan atas talian produk kesihatan dan  kecantikan. Jualan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa oleh kerana permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan komuniti,  keluarga, dan  sahabat handai.

Nama : Nurul Suhada Binti Nirulazmi
Umur : 22 Tahun
Ahli : 2021
No Tel : 011-70778879
Facebook

: https://www.facebook.com/nurul.suhada.92317121

12

34

56

 

 

Latar belakang

Nurul Suhada merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan menjaga dua orang anak kecil. Beliau berminat untuk menjadi usahawan atas talian sejak dari bangku sekolah lagi tapi tidak pandai untuk mencari peluang dan produk apa yang harus dijual . Beliau mengusahakan jualan secara offline  dan online.

Oleh disebabkan, sering menghadapi masalah kewangan selepas perkahwinan di usia muda, beliau mencuba untuk menjadi dropship kepada kawan baiknya, dan hanya mempromosi di laman social sahaja. Lama kelamaan beliau lebih berani  untuk mencuba dan terus berusaha hingga berhasil untuk memegang stok sendiri.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah naik taraf daripada status Leader stokis, mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tiada  pendapatan kerana tidak pernah bekerja

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.