Mengusahakan perusahaan atas talian produk kacang berjenama Wanys. Jualan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa oleh kerana permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan komuniti.

Nama : Noor Asyikin Bt Mustaffa
Umur : 36 Tahun
Ahli : 2021
No Tel : 016-6683944
Facebook

: https://www.facebook.com/nora.faisal.754

12

45

67

 

Latar belakang

Nor Asyikin merupakan seorang kerani yang bekerja di syarikat swasta yang membekalkan barang binaan. Beliau juga merupakan seorang DJ yang membuat khidmat sewaan PA Sistem di sekitar daerah Besut dan kawasa yang diminta oleh pelanggannya. Beliau berminat untuk menjadi usahawan atas talian sejak dari bangku sekolah lagi. Beliau mengusahakan jualan secara offline  dan online.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah naik taraf daripada status Leader stokis, mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.