Mengusahakan perusahaan atas talian pakaian sukan seperti singlet dan tshirt unisex. Jualan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa oleh kerana permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan remaja yang suka mengikut trend semasa

Nama : Shirlyn AK Lister
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2016
No Tel : 011-31395614
Facebook

: https://www.facebook.com/shirlyn.lister

 

2.12.22.32.42.52.6

Latar belakang

Shirlyn AK Lister merupakan pelajat Diploma Tarian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau juga berminat untuk menjadi usahawan atas talian sejak 2019 iaitu sejak dari bangku sekolah. Beliau mengusahakan pelbagai produk secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau bermula disebabkan oleh minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah naik taraf daripada status Leader stokis, mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.