Mengusahakan perusahaan atas talian produk rawatan peribadi iaitu produk rambut berjenama Faith Fleur

Nama : Nurul Huwaidah Binti Silimin
Umur : 33 Tahun
Ahli : 2020
No Tel : 017-373 0458
Facebook

: https://www.facebook.com/wahi.ruby

 

1.11.21.31.41.51.6

Latar belakang

Puan Wahi merupakan usahawan atas talian sejak 2018. Beliau mengusahakan produk berjenama Faith Fleur secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau bermula disebabkan masalah rambut yang dihadapi sangat kritikal dan direkemenkan oleh sahabatnya untuk mencuba produk tersebut. Ternyata setelah konsisten menggunakannya, masalah yang dihadapi dapat diatasi dan beliau sangat berminat untuk berkongsi kebaikan produk tersebut kepada orang lain yang mempunyai masalah yang sama.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah naik taraf daripada status ejen kepada stokis, mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM450  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1500.