Mengusahakan perusahaan atas talian produk Crispy Cocotub jenama NIMS. Jualan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa dan telah diberikan status sebagai Leader Stokis dan nombor ID oleh pemilik produk tersebut

Nama : Nur Farissha bt Abd Malek
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2020
No Tel : 011-31212459
Facebook : https://www.facebook.com/isha.farissha

 

ebcdaf

Latar belakang

Nur Farissha merupakan usahawan atas talian sejak 2018. Beliau mengusahakan pelbagai produk secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau bermula disebabkan oleh minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan dan diwarisi turun temurun daripada ahli keluarganya. Bermula dengan menjadi ‘dropship’ dan sedikit demi sedikit merlabur modal untuk menyimpan stok sendiri dan sehingga kini mampu menyimpan stok produk dalam kuantiti yang banyak.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah naik taraf daripada status Leader stokis, mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000.