Badan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan di Jerteh ialah :

 

Balai Polis Cawangan Jerteh. 1km dari bandar Jerteh dan PI1M Seberang Jerteh

 

 

Bomba cawangan Jerteh. 2km dari PI1M Seberang Jerteh. Terletak di Taman Tuah Jaya

 

 

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) terletak di bandar Jerteh bersebelahan dengan Balai polis Trafik cawangan Jerteh

 

 

 

 

 

 

 

PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI BESUT,

LOT 5311, MUKIM PELAGAT, PADANG LUAS,

22000 JERTEH BESUT, TERENGGANU

TEL : 09-6902005

 

 

Pengenalan

  • Sistem Parol di Malaysia adalah berdasarkan Sistem Parol di Australia. Ia diwujudkan bagi mengurangkan kesesakan di Penjara dan kos penyeleggaraan yang tinggi yang ditanggung oleh Jabatan Penjara Malaysia dan Kerajaan Malaysia.
  • Sistem Parol diimplementasikan melalui Akta Penjara (Pindaan) 2008 [A1332], di mana pindaan Akta tersebut telah mendapat Perkenan Diraja (Royal Assent) pada 24 Januari 2008 dan disiarkan di dalam Warta pada 7 Februari 2008.
  • Pelaksanaan Sistem Parol ini dikuatkuasakan pada 30 Jun 2008.
  • Pelaksanaan Sistem Parol yang lancar dan sistematik seterusnya akan melicinkan proses pengintegrasian semula banduan ke pangkuan keluarga dan masyarakat sebagai salah satu aspek di dalam proses pemulihan banduan

 

  Carta Organisasi Pejabat Perol Dan Perkhidmatan Komuniti Besut

 

 

FUNGSI / KUASA LEMBAGA PAROL

Berdasarkan peruntukan Seksyen 46C(1) Akta Penjara (Pindaan) 2008 yang menyatakan:

“Dengan tujuan untuk menggalakkan kelakuan baik dan kerajinan dan untuk memudahkan pemerlakuan pemulihan seseorang banduan, sesuatu Lembaga Parol hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:

  • untuk membuat keputusan sama ada untuk melepaskan secara parol seseorang banduan  yang memohon parol
  • untuk menggantung atau membatalkan sesuatu Perintah Parol;
  • untuk menambah apa-apa syarat atau mengubah mana-mana syarat sesuatu Perintah Parol;
  • untuk mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan parol;
  • untuk memeriksa mana-mana banduan bagi maksud untuk mendapatkan  maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu permohonan parol atau bagi apa-apa sebab lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Parol dan untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.