Tarikh | : 18 Okt 2019 |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tgh |
Lokasi | : Perkarangan Pusat Internet Seberang Jerteh |
Peserta | : 63 orang |
Tujuan
Memberi satu manfaat dan pencegahan kebakaran kepada orang ramai dan langkah-langkah yang perlu dititikberatkan jika berlaku kebakaran
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan pencegahan kebakaran. Pihak Bomba menerangkan bagaimana untuk berdepan dengan situasi jika berlaku kebakaran dirumah. Melalui penerangan ini, orang ramai diingatkan agar tidak panik dan terus positif menghadapi perkara ini.
Tarikh | : 12 Okt 2019 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran golongan berbangsa luar fasih menggunakan komputer.
Aktiviti
Sesi kedua bersama pelajar Antarabangsa Rohingya. Peserta diberi modul bagi menghasilkan surat kiriman rasmi mengikut contoh yang diberikan. Aktiviti dapat melihat kecekapannya menggunakan asas microsoft word.
Tarikh | : 6 Okt 2019 |
Masa | : 2.30 petang - 3.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran golongan berbangsa luar fasih menggunakan komputer.
Aktiviti
Program dimulakan dengan pengenalan aktiviti. Peserta diberi keterangan dan pengenalan asas komputer serta peralatan komputer. Peserta merupakan rakyat Rohingya yang telah berpindah ke sini dan telah menetap selama 3 tahun. Beliau ingin menerapkan lagi ilmu ICT dalam bidang teknologi.
Tarikh | : 9 Okt 2019 |
Masa | : 2.30 petang - 3.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran golongan beliawanis menggunakan asas microsoft word
Aktiviti
Program dimulakan dengan pengenalan aktiviti. Peserta diajar cara-cara untuk menghasilkan resume bagi permohonan kerja. Peserta diajar kaedah-kaedah terbaik bagi menghasilkan resume yang menarik
Tarikh | : 2 Okt 2019 |
Masa | : 2.30 petang - 3.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran dan kefasihan golongan beliawanis dalam menggunakan ICT
Aktiviti
Program dimulakan dengan pengenalan aktiviti. Peserta diberi keterangan laman web yang ingin digunakan serta cara-cara pengisian secara online.