Tarikh | : 09.09.2020 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Bengkel asas pembangunan laman web isian MAIDAM dan PTPTN.
Aktiviti
Pada permulaan bengkel, pelatih mengajar tentang asas pengisian bagi borang atas talian MAIDAM dan PTPTN. Pelajar telah melengkapkan maklumat diri bagi memenuhi permintaan borang tersebut.
Tarikh | : 08.09.2020 |
Masa | : 10.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Bengkel microsoft word lembaran kerja bersama mahasiswa.
Aktiviti
Pada permulaan bengkel, pelatih mengajar tentang asas penggunaan microsoft word seperti jenis tulisan, saiznya, kedudukannya dan sebagainya. Pelatih juga mengajar berkenaan asas membuat jadual dan pengisian maklumat yang diperlukan. Pelajar juga mempelajari bagaimana untuk menyimpan hasil kerja yang telah disiapkan.
Tarikh | : 03.09.2020 |
Masa | : 3.30 ptg - 5.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Bengkel reka bentuk poster ilmiah menggunakan aplikasi CANVA bersama sekolah.
Aktiviti
Bengkel ini dijalankan bermula dengan pengenalan poster kepada pelajar dan tujuan poster diwujudkan. Kemudian, pelatih memperkenalkan aplikasi CANVA sebagai alternatif mudah untuk mereka poster yang mempunyai pelbagai bentuk rekaan dan jenis. Poster yang direka berunsurkan elemen pusat internet seperti komputer, telekomunikasi dan sebagainya.
Tarikh | : 04.09.2020 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
Bengkel reka bentuk poster ilmiah sempena pertandingan poster peringkat negeri.
Aktiviti
Pertandingan poster ini merupakan pertandingan peringkat negeri yang diadakan oleh MSD Digital Intelligence yang berkonsepkan 'pusat internet sebagai pemangkin komuniti digital'. Bengkel ini dimulakan dengan pencarian bentuk rekaan poster terkini yang didapati dalam internet. Poster tersebut dijadikan contoh kemudian pelajar diajar untuk menggunakan aplikasi CANVA yang sememangnya mudah untuk digunakan bagi pembelajaran tahap permulaan.
Tarikh | : 01.09.2020 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Bengkel Microsoft Office kertas kerja pertandingan KRT Peringkat Negeri
Aktiviti
Program dimulakan dengan carian sumber dan gambar yang boleh diolah untuk menjadikan poster lebih menarik. Peserta dikenalpasti dapat menggunakan Microsoft Word asas dan dapat menyunting gambar-gambar yang diperolehi dan finaliskan ke dalam satu poster.